Sunday, February 22, 2009

PPSMI

Assalamualaikum pembuka bicara,

"PROGRAM Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mula diperkenalkan pada 2003. Sepanjang tempoh enam tahun pelaksanaannya, pelbagai reaksi serta maklum balas diterima Kementerian Pelajaran. Ada yang bersetuju tidak kurang juga yang meminta PPSMI dikaji semula dan diberi penambahbaikan.

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) misalnya menganjurkan siri demonstrasi aman untuk menunjukkan bantahan terhadap penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik. GMP juga ke Parlimen memohon pertimbangan kerajaan dan sokongan wakil rakyat supaya pelaksanaan PPSMI dimansuhkan..." - Utusan Mingguan 22.2.09

Sebagai seorang yang amat bodoh bahasa inggeris satu masa dulu, aku biarkan kerajaan yg menentukan keputusannya, jika kita baca semula pendapat Tun Mahathir mengenai isu ini dahulu antaranya beliau ada mengatakan " Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat Kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka." Nak baca lagi visit : http://www.scribd.com/doc/7401665/Mengajar-Sains-Dan-Matematik-Dalam-Bahasa-Inggeris

Panjang lebar Pendapat Tun dalam isu ini... walaubagaimanapun to make my writting more interesting, aku ingin menulis dalam bahasa Malaysia walaupun kadang2 gatal jugak nak speaking Londonnn... Si Manis yg balik dr. PGL pun dah bersuara tentang bahasa Ibunda...

Serius, aku bodoh gila bahasa inggeris satu masa dulu... (camna boleh dpt 5A dulu pun aku tak tau), masuk asrama ada lak exam utk. kedudukan kelas BI, pucat...! So, ada Kelas S (paling hebat la) T, A, R dan P... huh aku dpt. kelas R (tapi ok, cikgu lawa!)... 2nd pandai dari P (dari belakang...) Apa yg aku nak beritahu, walau macamana susah sekali pun bahasa tu, kalau belajar lama2 dia akan pandai juga. Semoga demi anak-anak bangsa kita yg. akan datang, diharapkan kerajaan buatlah keputusan yg terbaik...

No comments:

Post a Comment